Berita

Cha: Wanita komponen penting dalam pembangunan negara

RASAH: Sambutan Hari Wanita Peringkat Parlimen Rasah di Balai Raya Kampung Baru Mambau mendapat sambutan dari masyarakat pelbagai kaum. Ahli Parlimen Rasah, YB Cha Kee Chin dalam ucapan perasmian menekankan pentingnya peranan wanita dalam pembangunan negara termasuk dalam aspek ekonomi, pendidikan dan sosial.

“Hari ini hari istimewa kepada golongan wanita. Istimewa lagi pada hari ini, apabila golongan wanita yang hadir meraikan sambutan ini terdiri dari pelbagai kaum.

“Wanita merupakan komponen penting bukan sahaja dalam keluarga tetapi juga dalam masyarakat dan negara.

“Wanita juga mempunyai peranan penting dalam pembangunan negara. Justeru, peranan wanita harus diperkasa,’ kata Cha.

Cha yang juga Setiausaha Majlis Pimpinan Pakatan Harapan (MPPH) Negeri Sembilan berkata, Pakatan Harapan mengiktiraf dan memberi peranan yang besar kepada golongan wanita dalam kepimpinannya di semua peringkat.

“Kepimpinan Pakatan Harapan memberikan peranan yang penting kepada golongan wanita dalam organisasinya.

“Golongan wanita juga sama penting seperti lelaki dalam mana-mana organisasi atau parti, mahupun dalam pentadbiran negeri dan negara,” ujarnya.

Turut hadir, ADUN Mambau, YB Yap Yew Weng; ADUN Rahang, YB Mary Josephine Prittam Singh; ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren; Setiausaha Kerja MPPH Negeri Sembilan, Saudara Faiz Gobi Abdullah; Ahli Jawatankuasa MPPH Negeri Sembilan, Saudara Mohd Asri Mohd Jamil dan Ketua Wanita KeADILan Negeri Sembilan, Puan Amni Idris.

Show More

Related Articles

Back to top button