BeritaMenarik

Negeri Sembilan bakal cipta sejarah, kilang proses susu lembu terbesar

SEREMBAN: Negeri Sembilan bakal memiliki kilang pengeluar susu lembu terbesar di Malaysia.

EXCO (Kanan) Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup, YB Dato’ Seri Jalaluddin Alias berkata, Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) sedang membangunkan ladang tenusu bersepadu di Gemas.

“Baru-baru ini saya telah mengadakan lawatan ke Wei Gang Dairy Farm yang terletak 160 kilometer dari bandar Nanjing di China.

Inilah model dairy farm yang akan kita gunakan di Gemas, Negeri Sembilan pada penghujung tahun ini (2024).

“Kita mengambil konsep, model dan teknologi yang sama dari China tetapi di Gemas nanti, kita akan melakukan beberapa penambahbaikan dari segi teknologi terkini terhadap beberapa perkara dan ia bakal menjadikan dairy farm kita lebih canggih berbanding yang ada di Nanjing.

“Kita bukan sahaja mengambil pedoman terhadap contoh-contoh terbaik dunia, malah kita juga melakukan R & D dan penambahbaikan berdasarkan teknologi terkini dan kesesuaian keadaan di tempat kita bagi sesuatu projek atau usaha baharu yang ingin diperkenalkan.

“Semuanya ini bagi membawa hasil yang optimum dan manfaat berganda kepada rakyat kita sendiri,” kata Jalaluddin.

Show More

Related Articles

Back to top button