Berita

Azzmi galas tugas kendali NSFC

SEREMBAN: Azzmi Ab Aziz kini sah mengendali Negeri Sembilan Football Club (NSFC) sekaligus memadamkan pelbagai desas desus yang bermain dikalangan penyokong.

Mungkin ramai yang tidak tahu selepas Azzmi menjadi jurulatih interim Kedah Darul Aman FC, beliau melatih skuad Piala Presiden Negeri Sembilan pada 2020 hingga 2022.

Pengendali berusia 49 tahun itu sebelum ini membimbing pasukan PDRM FC sebelum mengendalikan NSFC bagi menggantikan K.Devan yang telah menamatkan kontrak.

Menurut Azzmi, pemilihan pemain NSFC sudah dibuat lebih awal dengan mengekalkan beberapa pemain musim lalu dan membawa masuk pemain baru termasuk bekas pemain PDRM.

“Adalah sangat penting untuk saya bekerja dengan pemain yang saya kenal.

“Pemain seperti NAsrullah Hanif, Barathkumar, Afiq Fitri dan Amirul Hakimi merupakan antara pemain yang pernah bersama saya sebelum ini.

“Insya Allah kita dapat persembahkan bola sepak yang lebih baik dan mendapat keputusan yang lebih positif,” kata Azzmi.

Show More

Related Articles

Back to top button