BeritaMenarik

Senawang Valley Cross Country tarik lebih 400 peserta

SENAWANG: Kejohanan Senawang Valley Cross Country 2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pagi berjaya menarik lebih 400 pelajar.

Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, YB Mustapha Nagoor berkata, kejohanan ini melibatkan lebih daripada 400 orang pelajar dari dua buah sekolah menengah dan lima buah sekolah rendah dari Senawang.

“Ini tidak hanya menyuburkan semangat sukan dalam kalangan pelajar, tetapi juga mewujudkan platform untuk mengukuhkan jalinan ukhuwah di antara pelbagai peringkat pendidikan.

“Serentak dengan semangat kejohanan, pelajar-pelajar telah bersaing dalam kategori yang berbeza, merentasi usia, dengan pertandingan untuk kategori bawah 10 tahun, 12 tahun, 15 tahun, dan 18 tahun bagi lelaki dan perempuan.

“Ia adalah bagi memastikan bahawa setiap peserta mempunyai peluang untuk menyertai dan bersinar dalam bidang yang sesuai dengan umur dan keupayaan mereka.

“Kita turut dapat menyaksikan kesungguhan dan ketekunan setiap peserta, mencerminkan nilai-nilai penting seperti kecekalan, keberanian, dan daya saing dalam pembentukan insan yang berjaya,” kata Mustapha.

Mustapha berkata, beliau berharap kejohanan ini menjadi satu titik tolak yang bermakna dalam memupuk minat sukan dalam kalangan generasi muda, serta memperkukuhkan lagi ikatan persaudaraan di kalangan pelajar.

Show More

Related Articles

Back to top button