Berita

Arul lawat projek RMM Iringan Bayu

SEREMBAN: Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan, YB J.Arul Kumar telah turun padang bagi melawat tapak projek perumahan Rumah Mampu Milik (RMM) Type A di Iringan Bayu, Seremban.

Arul Kumar berkata, sebanyak 200 unit RMM bersaiz 20×60 kaki telah siap dibina.

“Majlis pengundian akan dilakukan pada 21 Mei ini dengan 1,600 permohonan telah diterima.

“Pemohon yang layak akan dipanggil untuk sesi majlis pengundian.

“Ini merupakan projek Iringan Bayu Fasa 1 dengan jumlah rumah type A sebanyak 831 unit dan baki 631 unit lagi akan dibina pada fasa kedua.

“Iklan permohonan fasa 2 akan dibuka sebaik sahaja kerja-kerja pembinaan bermula,” kata Arul Kumar.

Show More

Related Articles

Back to top button