Berita

Negeri Sembilan berselawat terima sambutan meriah

KUALA PILAH: Program Negeri Sembilan Berselawat telah menerima sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, terima kasih kepada orang ramai yang hadir memeriahkan.

“Program ini diadakan bersempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia, Yang Dipetuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir yang ke-76.

“Baginda turut perkenan mencemar duli menghadiri ke program ini.

“Patik bersama rakyat Negeri Sembilan berdoa agar DYMM Tuanku Berdua sentiasa diberikan keafiatan dan kebijaksanaan oleh Allah s.w.t. dalam mengemudi Negeri Sembilan,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button