Berita

Negeri Sembilan kaya dengan tarikan sejarah, budaya, warisan, seni dan kulinari tempatan

Sepanjang tiga hari lawatan kerja saya di Negeri Sembilan, saya berkesempatan meninjau sendiri pelbagai produk pelancongan yang menjadi kebanggaan negeri ini.

𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐢𝐧𝐢 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐮𝐤𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐒𝐞𝐦𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐲𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐞𝐫𝐚𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐣𝐚𝐫𝐚𝐡, 𝐛𝐮𝐝𝐚𝐲𝐚, 𝐰𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧, 𝐬𝐞𝐧𝐢 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐤𝐮𝐥𝐢𝐧𝐚𝐫𝐢 tempatan.

𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐥𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐠𝐚𝐦𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐣𝐞𝐥𝐚𝐬 𝐭𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐩𝐞𝐥𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐩𝐫𝐨𝐝𝐮𝐤 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐧𝐜𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐧𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐢𝐧𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐚𝐦𝐩𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐫𝐢𝐤 pelancong 𝐝𝐨𝐦𝐞𝐬𝐭𝐢𝐤 𝐦𝐚𝐡𝐮𝐩𝐮𝐧 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚.

Lawatan ini turut disertai oleh Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon; Pengarah MOTAC Negeri Sembilan, Dr. Rackmawatie Lokman, serta wakil daripada agensi-agensi berkaitan.

Pada hari pertama, saya melawat Muzium Tentera Darat di Port Dickson, sebuah lokasi ikonik yang menyimpan khazanah sejarah pertahanan negara dan 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐮𝐧𝐲𝐚𝐢 𝐩𝐨𝐭𝐞𝐧𝐬𝐢 𝐛𝐞𝐬𝐚𝐫 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐝𝐢𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐩𝐫𝐨𝐝𝐮𝐤 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐧𝐜𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐮𝐭𝐚𝐦𝐚.

Selepas itu, saya ke Pusat Ikan Hiasan Port Dickson, yang menempatkan pelbagai spesies marin termasuk penyu dan ikan eksotik.

𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐢𝐧𝐢 𝐛𝐞𝐫𝐩𝐨𝐭𝐞𝐧𝐬𝐢 𝐛𝐞𝐬𝐚𝐫 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐝𝐢𝐤𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐩𝐮𝐬𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐫𝐞𝐤𝐫𝐞𝐚𝐬𝐢 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐫𝐢𝐧, 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐭𝐚𝐦𝐚 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐤𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫.

Saya juga meninjau Lexis Hibiscus Port Dickson, sebuah resort berprestij yang telah menjadi antara ikon pelancongan negara.

𝐑𝐞𝐬𝐨𝐫𝐭 𝐢𝐧𝐢 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐰𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐚𝐥𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐢𝐧𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐚𝐫𝐚𝐟 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚, 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐩𝐨𝐭𝐞𝐧𝐬𝐢 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐥𝐨𝐤𝐚𝐬𝐢 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐣𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐚𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐧𝐜𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐛𝐮𝐝𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐤𝐚𝐥𝐚 𝐛𝐞𝐬𝐚𝐫.

Seterusnya, di Homestay D’Pelandok Best, saya berpeluang menyertai aktiviti komuniti termasuk mencanting batik, belajar cara membuat roti jala dan kuih ketayap.

𝐃𝐢 𝐬𝐢𝐧𝐢𝐥𝐚𝐡 𝐣𝐞𝐥𝐚𝐬 𝐤𝐞𝐥𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐰𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐛𝐮𝐝𝐚𝐲𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐮𝐥𝐢𝐧𝐚𝐫𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐚𝐥𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐧𝐜𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐮𝐭𝐞𝐧𝐭𝐢𝐤.

Di Dickson Dragon Cruise, saya berkesempatan menikmati pengalaman pelayaran sambil 𝐦𝐞𝐧𝐢𝐥𝐚𝐢 𝐩𝐨𝐭𝐞𝐧𝐬𝐢 𝐩𝐫𝐨𝐝𝐮𝐤 𝐢𝐧𝐢 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐭𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐧𝐜𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧, tetapi juga sebagai platform strategik untuk acara dan program berkonsepkan cruise.

Lawatan diteruskan ke Lorong Seni Seremban, 𝐬𝐞𝐩𝐚𝐧𝐣𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐢𝐫𝐚-𝐤𝐢𝐫𝐚 𝟐𝟓𝟎 𝐦𝐞𝐭𝐞𝐫 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐦𝐩𝐢𝐫 𝟑𝟎 𝐥𝐮𝐤𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐦𝐮𝐫𝐚𝐥 𝐤𝐫𝐞𝐚𝐭𝐢𝐟.

Pada waktu malam, lorong ini menjadi lebih meriah dengan pelbagai aktiviti dan jualan komuniti tempatan, memperlihatkan bagaimana seni, budaya dan kreativiti masyarakat mampu diangkat sebagai daya tarikan pelancongan bandar.

Pada hari ketiga, saya berkunjung ke Kampung Baru Mambau yang kaya dengan nilai sejarah serta identiti masyarakat setempat.

Lawatan ke Tokong Zhi Yuan Tang Seremban pula menonjolkan kepelbagaian agama dan budaya yang wujud harmoni di Negeri Sembilan.

Di Snowlim Wonderland, saya melihat sebuah tarikan keluarga yang unik dan menyeronokkan, sesuai untuk pengunjung pelbagai peringkat usia.

Kunjungan ke Masjid Sri Sendayan, sebuah masjid yang tersergam indah dan menjadi mercu tanda kebanggaan masyarakat Islam di Seremban, 𝐭𝐮𝐫𝐮𝐭 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐤𝐞𝐬𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐧𝐢 𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐩𝐮𝐬𝐚𝐭 𝐢𝐛𝐚𝐝𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐧𝐜𝐨ngan.

Lawatan hari terakhir saya disempurnakan di Muzium Negeri, sebuah pusat warisan yang menampilkan sejarah, budaya dan adat Negeri Sembilan, sekaligus 𝐦𝐞𝐥𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐩𝐤𝐚𝐧 𝐠𝐚𝐦𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐞𝐥𝐮𝐫𝐮𝐡 𝐭𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐢𝐝𝐞𝐧𝐭𝐢𝐭𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐮𝐧𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐧𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐢𝐧𝐢.

Sepanjang lawatan, saya turut menekankan bahawa mana-mana produk pelancongan yang memerlukan naik taraf perlu dibincangkan secara terperinci bersama pihak berkaitan, agar pembangunan yang dilaksanakan benar-benar memberi manfaat kepada industri pelancongan.

Dalam masa yang sama, s𝐚𝐲𝐚 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐚𝐫𝐚𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐛𝐚𝐧𝐲𝐚𝐤 𝐚𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐮𝐧𝐬𝐮𝐫 𝐛𝐮𝐝𝐚𝐲𝐚 𝐝𝐢𝐚𝐧𝐣𝐮𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐥𝐨𝐤𝐚𝐬𝐢-𝐥𝐨𝐤𝐚𝐬𝐢 𝐛𝐞𝐫𝐩𝐨𝐭𝐞𝐧𝐬𝐢, 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚 𝐢𝐚 𝐦𝐚𝐦𝐩𝐮 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐞𝐧𝐚𝐥𝐤𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐒𝐞𝐦𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐚𝐬 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐧𝐜𝐨𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐡𝐮𝐩𝐮𝐧 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚.

𝐊𝐞𝐬𝐞𝐥𝐮𝐫𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐥𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐢𝐧𝐢 𝐦𝐞𝐲𝐚𝐤𝐢𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐒𝐞𝐦𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐮𝐧𝐲𝐚𝐢 𝐭𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐧𝐜𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐮𝐧𝐢𝐤 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐝𝐚𝐲𝐚 𝐬𝐚𝐢𝐧𝐠 daripada warisan sejarah, keindahan seni bina, keunikan budaya, keaslian makanan tradisional hinggalah kreativiti komuniti setempat.

𝐒𝐚𝐲𝐚 𝐢𝐧𝐠𝐢𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐞𝐫𝐮 𝐚𝐠𝐚𝐫 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐩𝐞𝐦𝐚𝐢𝐧 𝐢𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐧𝐜𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧, 𝐬𝐞𝐧𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐮𝐝𝐚𝐲𝐚 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐛𝐞𝐫𝐠𝐚𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠 𝐛𝐚𝐡𝐮 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐞𝐤𝐨𝐬𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐧𝐜𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐒𝐞𝐦𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧.

Usaha ini bukan sahaja menyokong aspirasi Visit Malaysia 2026 (#VM2026), tetapi juga bakal menjayakan Visit Negeri Sembilan Year 2026, seterusnya melonjakkan kedudukan Negeri Sembilan sebagai destinasi unggul yang meraikan sejarah, warisan, budaya dan makanan di pentas dunia.

Show More

Related Articles

Back to top button