Berita

Nicole Tan raikan Unit Respon MBS dalam majlis berbuka puasa

BUKIT KEPAYANG: EXCO Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan, YB Nicole Tan Lee Koon telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama Unit Respon, Unit Pembersihan dan Unit Kewangan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) di Restoren Tomyam Inter, Taman Sri Pinang.

Nicole Tan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepayang berkata, tujuan jamuan tersebut diadakan adalah untuk menghargai Unit Respon MBS yang selalu bantu dan memberi sokongan untuk kes pokok tumbang dan sebagainya di DUN Bukit Kepayang.

“Unit Respon MBS sentiasa bersedia untuk membantu kes pokok tumbang di DUN Bukit Kepayang tanpa mengira waktu siang atau malam.

“Sebagai contoh, minggu lepas terdapat 10 pokok tumbang di DUN Bukit Kepayang selepas hujan lebat.

“Unit Respon MBS bertindak dengan pantas, memotong dan mengalihkan pokok dalam tempoh yang singkat, supaya pengguna jalan raya dapat menggunakan jalan dengan lancar.

“Kerja Unit Respon MBS sangat bahaya sebab mereka perlu memotong dengan gergaji dan mengalihkan pokok yang besar dan berat.

“Tanpa Unit Respon MBS, kes pokok tumbang tidak dapat diselesaikan dalam masa yang pendek,” kata Nicole Tan.

Nicole Tan berharap Unit Respon MBS boleh terus bertindak dengan pantas dan memberi sokongan kepada DUN Bukit Kepayang.

“Pada masa yang sama mereka juga perlu menjaga keselamatan sendiri supaya tidak mencederakan diri,” ujarnya.

Turut hadir, Ahli Majlis Bandaraya Seremban,  Encik Chong Say Hoo dan Pembantu Ahli MBS, Puan Norshela.

 

Show More

Related Articles

Back to top button