Menarik
Parlimen Port Dickson muncul juara Piala MB
SEREMBAN: Parlimen Port Dickson berjaya menjadi juara bagi pertandingan bola sepak Piala Menteri Besar Negeri Sembilan.
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Parlimen Port Dickson berjaya mengalahkan Parlimen Rembau 5-4 dala penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1.
“Tahniah kepada kedua-dua pasukan yang menunjukkan semangat juang yang tinggi.
“Siri pertandingan ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan bagi mencungkil bakat baru di samping meggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan belia.
“Saya kepada semua peserta yang mengambil bahagian.
“Semoga usaha ini berjaya memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan belia, Insya Allah,” kata Aminuddin.