Berita

Stone Village FC juara Piala MB peringkat Parlimen Rembau

REMBAU: Pasukan bola sepak Stone Village FC berjaya menjuarai Kejohanan Bola Sepak Piala Menteri Besar Negeri Sembilan peringkat Parlimen Rembau.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Stone Village FC dan naib juara Sentosa FC akan mewakili Parlimen Rembau dalam Kejohanan Bola Sepak Piala Menteri Besar Negeri Sembilan peringkat Negeri.

“Tahniah kepada semua pasukan yang mengambil bahagian.

“Semoga kejohanan ini berjaya mencungkil bakat-bakat baru di samping menggalakkan aktiviti riadah dalam kalangan belia,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button