BeritaMenarik

Aminuddin rasmi Loji Janakuasa Biojisim Nestle bernilai RM18 juta

CHEMBONG: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun telah merasmikan Loji Janakuasa Biojisim Nestle bernilai RM18 juta di Chembong.

Aminuddin berkata, Kerajaan telah menetapkan sasaran tinggi bagi mencapai pembangunan lestari dan ekonomi rendah karbon, termasuk pengurangan keamatan emisi gas rumah hijau sebanyak 45 peratus menjelang 2030.

Saya berharap agar dengan pembinaan Loji Janakuasa Biojisim sepeti yang dilakukan oleh pihak Nestle, ia akan menjadi contoh bagi mana-mana industri selepas ini untuk pihak kerajaan menjayakan usaha tersebut.

“Saya amat yakin, terdapat banyak lagi teknologi tenaga hijau yang boleh digunakan oleh pihak industri bagi mendukung usaha murni pihak kerajaan.

“Sebagai kilang MILO terbesar di peringkat global, kehadiran Nestlé ternyata mengukuhkan sektor perindustrian
Negeri Sembilan.

“Malah, kami berbangga untuk menempatkan sebuah kilang yang bukan sahaja dikendalikan secara keseluruhannya oleh tenaga kerja warga Malaysia, tetapi juga menghasilkan produk buatan Malaysia dengan sijil Halal yang dikilangkan secara lestari untuk dinikmati oleh pengguna samada di dalam dan di luar Malaysia,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button