Berita

RM8.1 juta sumbangan kepada masjid dan surau sempena Ramadhan

SEREMBAN: Sebanyak RM8.1 juta diserahkan kepada masjid dan surau seluruh Negeri Sembilan sempena menyambut bulan Ramadhan yang bakal tiba.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, sumbangan tersebut akan memberi manfaat kepada 309 buah masjid dan 1,113 buah surau.

“Bantuan kewangan tersebut adalah bertujuan melakukan program bagi mengimarahkan rumah Allah sempena bulan yang mulia.

“Dalam pada itu, sebanyak RM639,000 juga disumbangkan kepada guru-guru KAFA Negeri Sembilan.

“Sumbangan tersebut telah diserahkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button