RM204,000 untuk masjid dan surau Parlimen Port Dickson
PORT DICKSON: Sebanyak RM204,000 disumbangkan kepada 27 buah masjid dan 75 buah surau di bawah Parlimen Port Dickson.
Ahli Parlimen Port Dickson, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, sumbangan tersebut adalah bagi melakukan pelbagai program bersempena bulan Ramadhan.
“Sudah pasti sumbangan yang diberikan ini dapat meringankan beban pihak masjid dan surau mengadakan program nanti.
“Saya juga ingin mengingatkan kepada semua jemaah surau supaya kita sentiasa menyantuni penduduk di dalam qariah kita.
“Hal ini supaya kita dapat mengetahui keadaan semasa mereka.
“Kemungkinan ada yang sakit atau kurang berkemampuan, oleh kita perlu santuni santuni mereka.
“Ini kerana ia adalah tanggungjawab kita untuk membentuk umat yang lebih baik,” kata Aminuddin.