Berita

Program Bicara Adat dan Penyerahan Busana Ibu Soko

JELEBU: Persatuan Ibu Soko Luak Jelebu telah mengadakan satu Program Bicara Adat dan Penyerahan Busana Ibu Soko.

Program keilmuan ini telah diadakan di Balai Melintang, Balai Undang Luak Jelebu.

Peserta program keilmuan ini terdiri daripada YM Dato’ Lembaga Delapan, Ibu Soko, Buapak, pelajar Kolej Vokasional Kuala Klawang, Sekolah Menengah Undang Jelebu dan Sekolah Menengah Dato’ Undang Syed Al-Jufri, Sekolah Agama Kuala Klawang serta kakitangan kerajaan dan Lembaga Muzium Negeri Sembilan

Turut hadir, tetamu istimewa adalah Kebawah Kaus Undang Luak Jelebu, YTM Dato’ Mendika Menteri Akhirulzaman, Dato’ Maarof Mat Rashad; bersama YAM Tok Puan Mahawa Mohd Som.

Tajuk perkongsian ilmu ini ialah “Memperkasa Peranan Ibu Soko Dalam Institusi Beradat” telah disampaikan oleh YM Dato’ Perdana Khalid Ujang.

Turut diadakan juga demonstrasi untuk pelajar sekolah iaitu Ikatan Samping Lelaki.

Majlis diteruskan dengan penyerahan busana lengkap Ibu Soko yang telah diserahkan oleh Kebawah Kaus YTM Dato’ Luak Jelebu bersama YAM Tok Puan.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata, sesi bergambar dan jamuan makan tengah hari.

Show More

Related Articles

Back to top button