Berita

Pejabat Penyelaras DUN Johol kini dibuka semula selepas kejadian banjir

JOHOL: Pejabat Penyelaras DUN Johol telah dinaiki air akibat hujan yang terlalu lebat bermula kira-kira pukul 1.30 tengahari kelmarin.

Menurut Penyelaras DUN Johol, Tuan Mohd Zailan Mohd Munawar, kejadian yang berlaku terlalu pantas itu telah menyebabkan ruang pejabatnya dimasuki air berlumpur.

“Bagaimanapun petugas-petugas pejabat saya sempat menyelamatkan dokumen-dokumen dan perabot ke tempat yang selamat.

“Tidak ada sebarang kerosakan dan kerugian berlaku,” katanya.

Menurut seorang penduduk tempatan, Encik Romzi Mohd Nor, ini kejadian kali pertama Pejabat Penyelaras DUN Johol dinaiki air.

Dalam pada itu, Zailan menyifatkan kejadian ini sebagai suatu ujian yang perlu dilalui dengan redha.

“Setidak-tidaknya ia menjadi peringatan kepada kita untuk lebih memahami bagaimana perasaan mangsa banjir yang mengalami bencana yang lebih teruk dari ini.

“Pejabat Penyelaras DUN Johol kini telah dibersihkan dan dibuka semula untuk perkhidmatan penduduk setempat,” ujar Zailan.

Show More

Related Articles

Back to top button