Berita

Pelajar dinasihati tidak terlibat aktiviti negatif

KLAWANG: Golongan pelajar dinasihati tidak terlibat dalam aktiviti negatif yang boleh menjerumuskan mereka ke arah kerosakan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang, YB Dato’ Ir.Bakri Sawir menasihatkan golongan pelajar agar tidak terlibat dengan gejala negatif seperti merokok.

“Saya menasihatkan pelajar agar betulkan niat dalam menuntut ilmu, kerana tiga rukun dalam agama didahului dengan niat, diikuti dengan Syariat dan Tasawwuf (Pelaksanaan dan Akhlak).

“Gunakanlah ilmu, dengan sebaik-baiknya. Sharpshooter atau penembak tepat sebagai contoh boleh jadi digunakan ke arah kebaikan, dan juga ke arah keburukan. Pilihan di tangan kita,” jelas Bakri.

Bakri berkata demikian di Program Qiamullail dan Tazkirah Subuh Sekolah Menengah Agama Kuala Klawang.

Show More

Related Articles

Back to top button