Berita
Pelajar kurang kemampuan terima bantuan barangan sekolah daripada Razali
SENALING: Penyelaras DUN Senaling, Tuan Mohd Razali Abdul Latif telah memberikan bantuan barangan sekolah kepada pelajar kurang berkemampuan di Blok E Felda Kepis.
Mohd Razali berkata, barangan yang diberikan adalah alat tulis dan beg sekolah bagi kegunaan mereka.
“Semoga bantuan yang diberikan dapat membantu meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan peralatan persekolahan anak-anak mereka,” kata Mohd Razali.