BeritaMenarik

Pelajar SMK Tuanku Muhammad sertai lawatan sambil belajar ke parlimen

KUALA PILAH: Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kuala Pilah telah menganjurkan program lawatan ke Dewan Rakyat (Parlimen) melibatkan pelajar dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Muhammad Kuala Pilah.

Ahli Parlimen Kuala Pilah, YB Dato’ Adnan Abu Hasan berkata, seramai 35 pelajar Tingkatan Enam dan empat orang guru menyertai lawatan ini.

“Lawatan ini bertujuan bagi mendedahkan para pelajar tentang fungsi dan sistem demokrasi di Malaysia.

“Mereka juga berpeluang melihat dan mendengar sesi perbahasan peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pendidikan Malaysia.

“Semoga lawatan sambil belajar ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar terbabit,” kata Adnan.

Adnan turut menghadiahkan cenderahati kepada semua pelajar dan guru yang hadir dalam program lawatan ini.

Show More

Related Articles

Back to top button