BeritaMenarik

Shamsulkahar sokong RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam

JEMPOL: Ahli Parlimen Jempol, YB Dato’ Shamshulkahar Mohd Deli menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam bagi memastikan kawalan secara menyeluruh dapat dilaksanakan terhadap semua jenis produk merokok termasuk rokok elektronik atau vape.

“Ini memandangkan kawalan sedia ada di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 hanya mengawal selia produk merokok berasaskan tembakau sahaja dan tidak termasuk produk merokok lain seperti rokok elektronik atau vape.

“Saya juga meminta agar kawalan terhadap pembelian di kalangan belia dan kanak-kanak perlu ditingkatkan kerana ini akan memberi impak kepada kesihatan dan produktiviti di samping memberi kesan kepada bajet kerajaan kerana berbelanja terlalu tinggi untuk merawat pesakit yang merokok,” kata Shamshulkahar.

Pada hari Selasa, Shamshulkahar telah menghadiri taklimat berkaitan RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam di Parlimen Malaysia.

Show More

Related Articles

Back to top button