BeritaMenarik

Pembangunan pesat di Ampangan sejak 2018

AMPANGAN: Pelbagai pembangunan telah dibawa ke DUN Ampangan dalam tempoh lima tahun YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Abd Malek berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan.

“Pelbagai pembangunan telah saya usahakan dalam menjalankan amanah selaku wakil rakyat.

“Diantaranya pembinaan Pasar Moden Ampangan setinggi empat tingkat, Kompleks Komuniti Ampangan setinggi tiga tingkat untuk menggantikan Balai Penghulu yang telah uzur, jejantas Ampangan yang menghubungi Bangunan UTC dengan Benteng Ampangan dan Dataran Ampangan.

“Benteng Ampangan atau dulu dikenali dengan Medan Selera Ampangan yang dahulunya suram secara beransur-ansur telah mula dipertingkatkan,” kata Mohamadf Rafie.

Menurut Mohamad Rafie, kesemua kemudahan awam seperti balai raya, dewan orang ramai, padang permainan, gelanggang takraw telah diselenggara dan dinaiktaraf.

“Kesemua balairaya juga telah dilengkapkan dengan kemudahan sistem hawa dingin.

“Kita juga memastikan penyelenggaraan jalan, longkang dan kemudahan awam diselenggara dengan baik,” ujarnya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button