YB Kita

Pembinaan jambatan baru Kampung Orang Asli Langkap tiada kemajuan

JERAM PADANG: Pembinaan sebuah jambatan baru di Kampung rang Asli Langkap masih tiada kemajuan seingga hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Dato’ Mohd Zaidy Abdul Kadir meluahkan kekecewaan kerana perubahan ketara masih tiada walaupun kontraktor telah dilantik pada September 2025.

“Enam bulan telah berlalu, kemajuan kerja masih tidak memuaskan dan seolah-olah tiada kesungguhan untuk menyiapkan projek ini.

“Kelewatan pembinaan jambatan ini sudah tentu memberi kesan kepada penduduk setempat yang amat memerlukan kemudahan jambatan tersebut untuk melakukan tugasan harian.

“Projek ini berada di bawah seliaan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Jempol dengan peruntukan sebanyak RM1 juta.

“Oleh hal yang demikian saya akan berhubung dengan JPS untuk mendapatkan laporan penuh berkenaan status projek ini.

“Sekiranya kontraktor yang dilantik gagal menunjukkan prestasi dan komitmen sewajarnya, tindakan tegas termasuk penamatan kontrak perlu dipertimbangkan,” kata Mohd Zaidy.

Show More

Related Articles

Back to top button