Berita

Pengerusi dan Setiausaha JPKK disaran peka dengan aduan rakyat

JOHOL: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johol, YB Saiful Yazan Sulaiman menyarankan Pengerusi dan Setiausaha JPKK agar peka dengan keluhan dan aduan penduduk di DUN Johol.

“Selain itu JPKK juga perlu menjadi mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan segala dasar dan inisiatif kerajaan kepada penduduk setempat,” kata Saiful Yazan.

Saiful Yazan berkata demikian di Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) DUN Johol.

Seramai 60 orang menerima watikah pelantikan sebagai Pengerusi dan Setiausaha JPKK bagi DUN Johol.

“Sebelum ini ada di antara mereka yang pernah memegang jawatan JPKKP dan MPKK, namun pada hari ini mereka semua disatukan di bawah satu nama iaitu JPKK.

“Pelantikan ini adalah susulan pembentukan Kerajaan Perpaduan yang ada di Negeri Sembilan pada masa ini,” ujarnya.

Turut hadir, Pegawai Daerah Kuala Pilah, YBhg Encik Mohd Faizal Abdul Manap.

Show More

Related Articles

Back to top button