Penjelasan isu penurapan jalan di Kampung Padang, Astana Raja
REMBAU: Isu penurapan jalan di Kampung Padang, Astana Raja yang viral di platform media sosial; telah disiasat oleh Penolong Pegawai Daerah (Sosial), Penghulu Mukim dan Pengerusi MPKK Astana Raja pada 18 Julai 2023.
Kronologi
Permohonan turapan telah dibuat oleh Puan Nor Hashimah Alias (Lot Tanah No.367) pada tahun 2019.
Permohonan turapan bukan di atas rizab jalan dan melalui beberapa lot tanah milik persendirian antaranya Lot 300, 302, 303, 367, 368, 369, 370, 589, 712 dan 713.
Pada ketika itu telah ada laluan pertanian yang diwujudkan oleh Risda untuk memudahkan pekebun mengeluarkan hasil getah dan proses penanaman semula getah.
Pada ketika itu juga, permohonan ini dicadangkan untuk diangkat ke Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memandangkan ia adalah projek bina baharu jalan kampung.
Permohonan juga dicadang menggunakan peruntukan negeri P57 bina baharu jalan. Hasil semakan mendapati permohonan ini dalam status NFA kerana tidak mendapat kebenaran daripada pemunya tanah Lot 369, 370 dan 589.
Hasil lawatan
Hasil lawatan pada 18 Julai 2023 mendapati jajaran baru jalan pertanian telah dibuat oleh pemohon dengan tidak melalui Lot 369 dan 589.
Kebenaran bagi Lot 300, 367, 302, 303 telah diperolehi sebelum ini.
Oleh hal demikian, Unit Unit Pembangunan Masyarakat mencadangkan beberapa perkara untuk mengatasi masalah ini, antaranya:
a) Penghulu mukim akan membuat carian rasmi bagi Lot 712, 713 dan 370 untuk mendapatkan pemilik tanah.
b) Dalam masa yang sama, Bahagian Tanah PDTR dimohon untuk ke lokasi bagi menentusahkan jajaran baru jalan pertanian yang dimaklumkan oleh Encik Md Isa (suami kepada Nor Hashimah).
c) Kemudiannya, kebenaran izin lalu oleh pemilik tanah di Lot 712,7 13 dan 370 akan diusahakan oleh Pengerusi MPKK bersama-sama dengan pemohon. Borang izin lalu akan diberikan oleh unit ini kepada mereka.
d) Setelah izin lalu diperolehi, permohonan turapan jalan akan diangkat untuk kelulusan Marris dengan anggaran kerja G1 melibatkan anggaran panjang jalan lebih kurang 800 meter.
Maklumat tambahan
Untuk makluman tuan, Unit ini berpandangan pada ketika permohonan 2019, garis panduan Marris agak ketat dengan tidak membenarkan pembinaan jalan baru. Jabatan hanya mempunyai dua pilihan iaitu KPLB dan P57.
Namun, selepas garis panduan Marris telah dilonggarkan dengan pembinaan jalan baharu di denai sedia ada dibenarkan, permohonan jalan oleh Puan Nor Hashimah Alias ini mampu dilaksanakan sekiranya ketiga-tiga lot memberi kebenaran.
Terima kasih,
Unit Pembangunan Masyarakat
Pejabat Daerah dan Tanah Rembau
18 Julai 2023