Berita

Tuduhan tidak boleh solat dalam masjid satu fitnah

Laporan polis telah dibuat

SEREMBAN: Pengerusi Masjid Taman Pinggiran Senawang, Encik Nordin Supardi berkata, tuduhan di media sosial bahawa beliau tidak membenarkan beberapa anak muda menunaikan Solat Isyak adalah satu fitnah.

“Pada 17 Julai lalu, lebih kurang pukul 9.30 malam, beberapa anak muda dan beberapa pemimpin parti politik hendak bersolat dalam masjid.

“Salah seorang daripada mereka memakai vest parti politik (PN).

“Saya maklumkan kepada mereka, dalam masjid tak boleh berpolitik. Kalau tuan-tuan berpolitik dalam masjid, saya akan halau terang-terang.

“Selepas teguran saya, lelaki tersebut membuka vest beliau.

“Tapi saya tak cakap tak boleh solat. Bersolat itu adalah wajib untuk semua orang Islam,” jelas Nordin.

Nordin berkata, tuduhan ini satu fitnah yang dibuat ahli-ahli politik yang mempolitikkan kononnya masjid ini tidak membenarkan anak-anak muda untuk bersolat.

“Ini satu fitnah yang dilakukan oleh mereka.

“Saya juga dah buat satu laporan polis di Balai Polis Senawang pada 17 Julai 2023,” kata Nordin.

Show More

Related Articles

Back to top button