Laluan pejalan kaki akan dibina di Pekan Mantin
NILAI: Laluan pejalan kaki akan dibina di Pekan Mantin tidak lama lagi.
ADUN Nilai, J.Arul Kumar berkata, beliau bersama pegawai Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah meninjau keadaan terkini untuk melaksanakan projek membina laluan pejalan kaki di Pekan Mantin dan projek menaiktaraf longkang di Pekan Nilai.
“Kontraktor telah dilantik untuk projek pejalan kaki di Pekan Mantin dan projek menaiktaraf longkang di Pekan Nilai dalam proses lantikan kontraktor.
“Peruntukan untuk kedua-dua projek ini melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
“Adalah diharapkan apabila projek ini siap, ia akan memberi kemudahan kepada orang ramai dan pada masa yang sama dapat mengelakkan kejadian banjir,” kata Arul Kumar yang juga Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan.