Berita
200 penunggang motosikal dapat petrol percuma
TAMPIN: Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tampin telah mengadakan program isi mihyak petrol percuma di Gemas.
Ahli Parlimen Tampin, Dato’ Mohd Isam Mohd Isa berkata, ini merupakan tahun kedua program isi minyak percuma percuma diadakan di DUN Gemas sempena sambutan Hari Malaysia.
“Seramai 200 penunggang motorsikal yang terawal telah menerima sumbangan isi minyak petrol percuma yang diadakan di Stesen Petronas Gemas.
“Insya Allah program ini akan diteruskan pada masa akan datang.
“Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini,” ujar Mohd Isam.