
Penyu Agar dipelihara untuk tontonan pengunjung di ruang pameran penyu Pusat Ikan Hiasan Port Dickson, Negeri Sembilan.
Kita ada Hari Penyu Sedunia. Suatu inisiatif global yang diraikan setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pemuliharaan penyu laut yang kini semakin terancam.
Sambutan ini menyeru tindakan kolektif dalam melindungi spesies marin berharga ini daripada pelbagai ancaman seperti pencemaran plastik, pencerobohan habitat semula jadi dan perubahan iklim.
Di Malaysia, Hari Penyu disambut pada 23 Mei sebagai usaha nasional untuk memperkukuh kesedaran awam dan mempromosi langkah perlindungan jangka panjang terhadap warisan laut ini.