Menarik

PERKAYA mahu berganding dengan BAKRIYAH santuni anak yatim

SEREMBAN: Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Asnaf Rembau (PERKAYA) mahu berganding bahu dengan Badan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Pakatan Harapan dan Pegawai Kanan Kerajaan Negeri (BAKRIYAH dalam usaha menyantuni anak yatim dan asnaf di Negeri Sembilan.

Justeru, Timbalan Pengerusi PERKAYA, Puan Zaridah Suboh mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang DiPertua BAKRIYAH, Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof di kediaman rasmi beliau.

“Pertemuan yang diinspirasikan oleh Negeri Sembilan Update (NSU) itu berjalan selama sejam membincangkan pelbagai aspek kebajikan termasuk aktiviti kolaborasi di antara PERKAYA dan BAKRIAH dalam usaha menyantuni dan membantu anak yatim dan asnaf di negeri ini, khususnya yang memerlukan.

“Saya juga menerangkan kepada Datin Seri mengenai perkembangan aktiviti PERKAYA di daerah Rembau.

“Terima kasih juga kepada NSU yang mengatur pertemuan ini,” ujar Zaridah.

Show More

Related Articles

Back to top button