Berita

Anwar berpuas hati prestasi Aminuddin

SEREMBAN: Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa beliau berpuas hati dengan pentadbiran Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.

Anwar berkata, beliau telah menunjukkan bukti kemampuan beliau untuk mentadbir Kerajaan Negeri dan menyelesaikan isu rakyat.

“Beliau juga turut mampu menarik pelabur ke negeri ini.

“Saya fikir rancangannya agak penting daripada segi pelaburan di luar Lembah Klang dan kebolehupayaan kerana berdekatan dengan pelabuhan dan lapangan terbang,” kata Anwar.

Anwar berkata demikian di sidang media Majlis Amanat Perdana Menteri kepada Penjawat Awam.

Show More

Related Articles

Back to top button