Berita

Pertukaran pusat mengundi di DUN Rahang dan Mambau

RASAH: Ahli Parlimen Rasah, YB Cha Kee Chin menyambut baik pertukaran pusat mengundi bagi beberapa Daerah Mengundi (DM) di DUN Rahang dan Mambau oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan ianya satu penambahbaikkan.

“Penambahbaikkan ini perlu kerana dapat menambah bilangan pengundi berbanding Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu.

“DAP Negeri Sembilan akan mengadakan kempen penyemakan pengundi.

“Kempen ini bertujuan memberitahu pengundi agar tiada kekeliruan menjelang PRU-15.

“Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Persediaan PRU-15 DAP Negeri Sembilan dan Ahli Parlimen Rasah, saya sentiasa mengambil berat setiap perubahan yang berlaku agar makluman terkini dapat dihebahkan kepada pengundi dengan berkesan,” kata Cha.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rahang, YB Mary Josephine Prittam Singh dan ADUN Mambau, YB Yap Yew Weng.

Show More

Related Articles

Back to top button