Berita

Pesakit kencing manis terima sumbangan kewangan daripada Latif

GEMENCHEH: Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi telah memberi sumbangan kewangan kepada Puan Angelai Thangavelu di Air Kuning Selatan.

Abd Latif berkata, Puan Angelai mengidap sakit kencing manis dan menyebabkan kaki kanannya dipotong.

“Saya turut memberikan lampin pakai buang bagi meringankan beban beliau dan ahli keluarganya.

“Dalam pada itu saya turut memberikan sumbangan tiga buah kerusi roda kepada tiga individu yang keuzuran iaitu Puan Fazielah Ismail, Kampung Mantai; Puan Sarah Husain, Kampung Sungai Jernih dan Puan Siti Zaleha Mohd Ali di Kampung Tengah.

“Semoga sumbangan yang diberikan dapat membantu mengurangkan dan memberi manfaat kepada penerima,” kata Abd Latif.

Show More

Related Articles

Back to top button