BeritaMenarik

Pesta Bola Ngoca 2023 catat penyertaan tertinggi

KUALA PILAH: Pesta Bola Ngoca 2023 yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan melalui Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan berjaya mencatatkan penyertaan tertinggi sejak kali pertama ia diadakan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, sebanyak 176 pasukan daripada seluruh negara telah menghantar pasukan mereka.

“Ia terdiri daripada 28 pasukan lelaki dan 48 pasukan wanita yang menyaksikan pertambahan kouta pada saat akhir kerana permintaan yang tinggi.

“Kita menerima 36 pasukan daripada Kuala Lumpur, 20 daripada Selangor, sembilan daripada Kelantan, lapan daripada Melaka, enam daripada Terengganu, lima daripada Kedah dan dua pasukan masing-masing daripada Pahang, Perlis dan Perak.

“Selebihnya adalah daripada Negeri Sembilan serta badan agensi beruniform,” kata Aminuddin.

Aminuddin turut menambah bahawa anggaran kehadiran pada kali ini akan melebihi tahun lalu.

“Penganjuran kali ini kita menjangkakan kehadiran sebanyak 35,000 orang sama ada dari dalam negeri mahupun luar,” tambah beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button