Berita

PH GEM anjur Kursus Menjahit Sari Blouse dan Punjabi Suit

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah merasmikan Majlis Penutup Program PH GEM “Kursus Menjahit Sari Blouse dan Punjabi Suit’ di Pusat Khidmat Rakyat DUN Seremban Jaya.

Gunasekaren berkata, kursus menjahit ini diadakan selama lima hari.

“Para peserta mendapat ilmu dan manfaat yang sungguh berfaedah dalam menghasilkan sari blouse dan Punjabi Suit dengan hasil tunjuk ajar moderatornya Puan Leela Machap.

“Semua peserta menerima sijil penyertaan,” kata Gunasekaren.

Turut hadir, Penyelia Program PH GEM, Saudari Navamalar dan Ahli Majlis Majlis Daerah Rembau, Saudari Kamala.

Kursus menjahit ini dilaksanakan di bawah Insiatif Power House Wanita Gemilang (PH GEM) di bawah pimpinan EXCO Hal Ehwal Wanita,Keluarga dan Kebajikan merangkap ADUN Bukit Kepayang, YB Puan Nicole Tan Lee Koon; dengan kerjasama dengan kerjasama Persatuan Harapan Persekitaran Hijau.

 

Show More

Related Articles

Back to top button