Berita

PH GEM bakal tubuh Institut i-GEM

EKSKLUSIF: Power House Wanita Gemilang (PH GEM)  bakal menubuhkan Institut i-GEM pada tahun ini.

Exco Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan, YB Nicole Tan Lee Koon berkata, bagi penubuhan i-GEM beliau mengalu-alukan golongan profesional menjadi ‘think tank’ i-GEM untuk menangani masalah yang dihadapi golongan wanita.

“Hal ini supaya kita boleh fikir bersama bagaimana mewujudkan kehidupan yang seimbang untuk golongan wanita.

“Dalam masa sama, kita tidak mahu wanita hanya diberi pendedahan melalui program PH GEM sahaja,” kata Nicole.

Nicole turut menjelaskan bahawa belia mahu Negeri Sembilan dapat melahirkan wanita yang profesional, ideal dan tuntas.

“Saya amat mengalu-alukan sebarang cadangan untuk menambah baik peranan wanita dan meramaikan penglibatan wanita dalam mana-mana bidang menerusi institut i-GEM,” ujarnya.

Sebarang cadangan boleh menghubungi beliau di talian 012-3626977.

Show More

Related Articles

Back to top button