Berita
Kerja baik pulih ‘retaining wall’ di Taman Sri Mawar sedang berjalan
SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren yang diwakili oleh Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali telah turun padang melawat pelaksanaan kerja-kerja membaik pulih retaining wall dan longkang rosak di lorong belakang Jalan 8, Taman Sri Mawar.
“Pusat Khidmat Rakyat DUN Seremban Jaya sentiasa peka dengan permasalahan penduduk setempat.
“Justeru, kerja-kerja membaik pulih ini dilaksanakan demi keselamatan penduduk Taman Sri Mawar.
“Terima kasih kepada Timbalan Pengarah Unit Jalan dan Saliran Majlis Bandaraya Seremban, Encik Nuh yang sentiasa membantu menyelesaikan aduan yang disalurkan demi kebajikan rakyat,” kata Jamilah.
Turut hadir, Pembantu Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Encik P.Minnal.