Program Berkhatan Perdana Bersama Penyelaras Dun Pertang
PERTANG: Pejabat Penyelaras DUN Pertang telah mengadakan Program Berkhatan Perdana di Hospital Jelebu dengan kerjasama Hospital Jelebu dan NGO PERKASIH.
Penyelaras DUN Pertang, Tuan Zainal Fikri Abd Kadir berkata, seramai 12 kanak-kanak dari keluarga kurang berkemampuan di DUN Pertang telah dipilih untuk menyertai program berkhatan ini.
“Berkhatan ini adalah ibadah wajib bagi setiap umat Islam sama ada lelaki mahupun wanita.
“Ini kerana ia sejajar dengan sunnah Rasullah SAW, selain itu ia juga sangat menepati kehendak perubatan yang sememangnya memelihara kesihatan umat Islam daripada sebarang penyakit kelamin dan seumpamanya.
“Semoga usaha baik ini diteruskan dan dipermudahkan urusan,” katanya.
Zainal Fikri berkata, kos berkhatan untuk 12 kanak-kanak ini ditanggung sepenuhnya oleh beliau.
Turut hadir, Pengarah Hospital Jelebu, Dr.Nor Azizah Abd Samad dan Pengerusi NGO PERKASIH, Puan Norfadilah Binti Mansor.