Berita

Program Hari Kanak-Kanak Sekolah tingkat kecemerlangan pelajar: BAKRI

KLAWANG: Exco Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB Dato’ Ir Bakri Sawir telah hadir ke Sekolah Kebangsaan Kuala Klawang bagi merasmikan dan meraikan Program Hari Kanak-Kanak Peringkat Sekolah Daerah Jelebu.

“Tahniah kepada pihak sekolah dan saya mahu setiap pelajar belajar bersungguh sungguh di samping menjaga akhlak yang baik.

“Saya juga telah menyampaikan sumbangan kepada pihak sekolah bagi melancarkan program berkenaan.

“Semoga program seperti ini dapat memacu kecemerlangan pelajar sekolah di Daerah Jelebu,” katanya.

Program ini turut dihadiri oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kuala Klawang, Puan Suzilawati dan Guru-Guru Penolong Kanan Sekolah berkenaan.

Show More

Related Articles

Back to top button