Berita

Program Kacau Bubur Lambuk Perdana Dun Gemas

GEMAS: Pejabat Penyelaras DUN Gemas telah mengadakan Program Kacau Bubur Lambuk dengan kerjasama MPKK DUN Gemas.

Penyelaras DUN Gemas, Puan Siti Aishah Seman@Othman berkata, sebanyak 1,234 pek bubur lambuk telah diedarkan kepada penduduk sekitar DUN Gemas.

“Ini termasuk di Bazar Ramadhan Gemas, Masjid Jamek Gemas, Masjid Kampung Ladang dan Masjid Bangkahulu.

“Tidak lupa juga kepada anggota polis, anggota bomba dan anggota tentera (MP).

“Terima kasih kepada MPKK DUN Gemas; Penghulu, Encik Ahmad Fareez Fauzi dan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Daerah Kecil Gemas, Puan Nurhaziyah Ibrahim bersamaahli jawatankuasanya yang terlibat dalam aktiviti memasak, membungkus dan pengagihan bubur lambuk.

“Beberapa anggota bomba juga turut terlibat dalam program ini,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button