BeritaMenarikProgram

Program qiamullail eratkan hubungan pimpinan negeri dan rakyat

SEREMBAN: Program Qiamullail bersama Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun yang diadakan bermula pada 11 April sehingga hari ini dapat mengeratkan hubungan kepimpinan negeri bersama rakyat.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba Negeri Sembilan, Encik Ruhisha Haris berkata, program sebegini dapat membantu mengeratkan hubungan pucuk pimpinan negeri yang diketuai Menteri Besar bersama jabatan-jabatan serta jemaah sekitar.

“Program sebegini juga sebaiknya diteruskan pada tahun-tahun mendatang.

“Saya sendiri amat menyukai program sebegini diadakan lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan ini,” kata Ruhisha.

Ruhisha hadir dalam Program Qiamullail bersama Menteri Besar Negeri Sembilan di Masjid Negeri pagi tadi.

Ruhisha Haris

Untuk rekod, Aminuddin tidur di 10 buah masjid dan qiamullail bersama jemaah pada 10 malam terakhir Ramadan.

Walaupun dengan jadual yang ketat termasuklah pelbagai aktiviti di bulan puasa, Aminuddin tetap gigih mengimarahkan masjid dengan program iktikaf dan qiamullail di penghujung Ramadhan.

Kehadiran Aminuddin di masjid-masjid ini secara tidak langsung menggandakan jumlah jemaah dan mampu melahirkan minat kepada semua lapisan umur untuk turut iktikaf dan qiamullail bersama.

Aminuddin tidur dan qiamullail bersama jemaah di Masjid Negeri awal pagi tadi
Show More

Related Articles

Back to top button