Berita
Proses baik pulih tebing hampir selesai
LENGGENG: Proses baik pulih tebing di Sungai Batu 9, Kampung Pantai telah hampir selesai.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, YB Mohd Asna Amin berkata, kawasan tebing tersebut telah rosak teruk akibat hakisan yang berlaku.
“Saya telah melihat proses yang dilakukan dan akan selesai dalam masa terdekat.
“Saya juga berharap agar kita bersama-sama memelihara keaslian sungai serta alam flora.
“Hal ini adalah kerana ia merupakan anugerah yang dikurniakan kepada kita,” kata Mohd Asna.