Berita
Rafie peka permasalahan rakyat DUN Ampangan
AMPANGAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, YB Dato Dr.Mohamad Rafie Ab Malek telah mengadakan sesi bertemu masyarakat DUN Ampangan di Pusat Khidmat Rakyat DUN Ampangan.
Mohamad Rafie berkata, pelbagai masalah yang dihadapi mereka dalam perjumpaan tersebut.
“Saya akan berusaha mencari jalan untuk membantu menyelesaikan setiap permasalahan yang dikemukakan.
“Hal ini kerana, seorang pemimpin perlu bertanggungjawab, peka dan prihatin terhadap permasalahan harian dan semasa rakyat,” kata Mohamad Rafie.