Berita

Penguatkuasa harus pantau semua kawasan dalam negeri: AMINUDDIN

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun mengarahkan agar semua penguatkuasa perlu sentiasa melakukan pemantauan kawasan di negeri ini.

“Susulan daripada kes penempatan haram yang ditemui kelmarin, kita tidak mahu perkara seperti ini berulang kembali.

“Hal ini demikian ia mampu menggugatkan keselamatan rakyat di negeri dan negara kita.

“Perkara ini juga bukan baru berlaku, ia telah lama berlaku. Malahan mempunyai sekolah untuk anak-anak mereka.

“Oleh itu, saya akan mengeluarkan arahan supaya semua penguatkuasa di negeri ini untuk bertindak dengan segera serta tidak akan berkrompomi dengan mana mana pihak,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2023 Bersama Sunrise MCL Land.

Show More

Related Articles

Back to top button