Berita

Empat PBT Negeri Sembilan antara yang terbaik di Malaysia

SEREMBAN: Empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Sembilan antara yang terbaik daripada 101 PBT seluruh Malaysia.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, empat PBT tersebut ada Majlis Daerah Rembau (MDR), Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Majlis Perbandaran Jempol (MPJL) dan Majlis Daerah Jelebu (MDJ).

“MDR berjaya menerima anugerah Bandar Berdaya Huni Tertinggi 2021 oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan tersenarai antara 10 Bandar Berdaya Huni Tahap Tertinggi.

“Indeks Daya Huni Malaysia (iDAM) merupakan kaedah pengukuran berimpak tinggi yang mengukur tahap kesejahteraan penduduk di peringkat PBT dan komuniti.

“Diterajui oleh KPKT, iDAM adalah selaras dengan pengukuran dan penilaian kesejahteraan penduduk sesebuah bandar yang dipraktikkan di peringkat global.

“Tahniah kepada semua PBT yang menerima anugerah ini.

“Semoga anugerah ini menjadi pembakar semangat kepada PBT-PBT yang lain dalam negeri terutamanya dari aspek kesejahteraan penduduk, Insya Allah,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button