Berita

Rafizi lancar Inisiatif Pendapatan Rakyat bagi golongan miskin

SEREMBAN: Sebagai langkah mengatasi struktur ekonomi negara terutamanya bagi golongan miskin tegar dan B40; Kementerian Ekonomi telah melancarkan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR).

Menteri Ekonomi, YB Rafizi Ramli berkata, inisiatif ini melaksanakan strategi serampang dua mata iaitu menambah pendapatan keluarga miskin tegar dan B40 serta penyelesaian struktur ekonomi.

“Terdapat tiga langkah yang bakal dilaksanakan dalam inisiatif ini iaitu Inisiatif Usahawan Tani (INTAN), Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) dan Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN).

“Ketiga-tiga inisiatif ini mengenalpasti masalah ekonomi harian di samping mewujudkan langkah penyelesaian berdasarkan strategi IPR,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Kerajaan Negeri menyokong penuh usaha ini serta bersedia untuk memberikan kerjasama agar objektif untuk merubah ekonomi golongan miskin tegar dan B40 tercapai.

Show More

Related Articles

Back to top button