Berita
Razali santuni penduduk Kg Senaling
SENALING: Penyelaras DUN Senaling, Tuan Mohd Razali Abd Latif telah turun padang bagi menyantuni penduduk di sekitar Kampung Senaling.
Mohd Razali berkata, warga emas dan penduduk yang mengidap sakit kronik antara yang diberikan perhatian dalam lawatan tersebut.
“Saya turut memberikan sumbangan barangan kesihatan seperti lampin pakai buang, susu, tisu basah dan juga bakul makanan.
“Terima kasih kepada Pengerusi MPKK Kampung Senaling, Encik Nazari kerana menyampaikan maklumat berkaitan penduduk kepada saya,” kata Mohd Razali.