Berita
Razali santuni pesakit strok di Kg Sungai Dua Besar
SENALING: Penyelaras DUN Senaling, Tuan Mohd Razali Abdul Latif telah menyantuni Encik Shamsudin Daud di Kampung Sungai Dua Besar.
Mohd Razali berkata, Encik Shamsudin mengidap sakit strok dan menyebabkan beliau hanya terlantar.
“Oleh itu, saya telah menziarahi beliau bagi bertanyakan khabar.
“Saya juga turut memberikan sumbangan kewangan asas bagi meringankan beban beliau.
“Semoga beliau segera sembuh dan sihat seperti sediakala,” kata Mohd Razali.