Berita

Perpaduan antara kaum perlu terus dipelihara: AMINUDDIN

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin, pemimpin dan rakyat perlu berganding bahu bagi memastikan perpaduan dan kerjasama antara kaum terus dipelihara.

“Semua rakyat harus bertanggungjawab untuk mengekalkan perpaduan dan saling hormat menghormati.

“Segala perbezaan daripada segi bangsa, agama, fahaman dan politik perlu diketepikan.

“Kita perlu mendidik anak-anak kita tentang kepentingan perpaduan supaya keharmonian ini dapat dijaga sehingga generasi akan datang,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Pertemuan Mesra Tahun Baru Cina di Hotel Royal Chulan.

Dalam pada itu, Aminuddin turut memberi sumbangan sebanyak RM100,000 kepada Dewan Perhimpunan Cina.

“Semoga sumbangan dapat digunakan sebaiknya,” ujar beliau.

Foto: Nabil Syafik

Show More

Related Articles

Back to top button