BeritaMenarik

RM1.27 bilion bagi pembangunan Negeri Sembilan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan sebanyak RM1.27 bilion untuk keseluruhan pembangunan di Negeri Sembilan.
Peruntukan tambahan ini merangkumi projek membina jalan baharu dan jambatan baharu, kerja-kerja membaik pulih fasiliti pendidikan dan kesihatan serta penyelesaian projek perumahan mampu milik.
RM600 juta – membina jalan susur tol baharu dari Seremban ke Lingkaran Tengah Seremban.
RM160 juta – Membina jalan dan jambatan Sungai Sepang bagi menghubungkan Bukit Pelandok, Port Dickson dengan Sungai Pelek, Selangor.
RM280 juta – membina semula sekolah daif dan memperkukuhkan pendidikan khas.
RM318 juta – pembinaan Masjid Terapung Port Dickson; Masjid Kariah Ulu Beranang, Seremban; Masjid Kariah Talang Tengah, Kuala Pilah; Masjid Tunku Munawir Seri Menanti, Kuala Pilah dan Masjid Bongek, Rembau.
RM5.8 juta – kerja-kerja membaik pulih (42 kemudahan tambahan) di Klinik Kesihatan yang daif di daerah Jelebu, Jempol, Kuala Pilah, Port Dickson, Rembau, Seremban dan Tampin.
Anwar turut memuji tadbir urus Kerajaan Negeri Sembilan di bawah pemerintahan Menteri Besar, Dato Seri Aminuddin Harun yang berjalan dengan teratur dan bersih.
Show More

Related Articles

Back to top button