BeritaKolumnisMenarik

Rombakan MPN mampu perkukuh KEADILAN, iktiraf peranan wanita

NORAINI NORDIN: Peranan Wanita untuk memperkukuhkan lagi KeADILan terus diiktirafkan dengan pelantikan Nurul Izzah Anwar dan Nor Azrina Surip menerajui Majlis Pimpinan Negeri (MPN).

Parti KeADILan telah melakukan rombakan terhadap MPN di enam negeri bagi tujuan memperkukuhkan lagi siap siaga parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) akan datang.

Setiausaha Agung KeADILan, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada 18 Februari lalu dan berkuatkuasa serta-merta.

Rombakan tersebut melibatkan pimpinan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka.

Jika sebelum ini Naib Presiden KeADILan, Nurul Izzah Anwar memegang tanggungjawab sebagai Pengerusi MPN Perlis, Kedah dan Pulau Pinang, namun kini beliau hanya memberi tumpuan di Pulau Pinang.

Nurul Izzah akan dibantu Dr.Mohamad Abdul Hamid yang bertindak sebagai timbalan pengerusi.

Mantapkan KeADILan negeri

Keputusan itu diyakini mampu memantapkan kedudukan KeADILan di Pulau Pinang di mana Nurul Izzah ada tumpuan yang lebih khusus dalam usaha memperkuatkan serta perkasakan lagi parti.

Menteri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang yang juga Naib Presiden KeADILan dilantik mengetuai MPN Perak dan Mohamad Hairul Amir Sabri sebagai timbalan pengerusi.

Di Negeri Sembilan, Menteri Besarnya, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun dilantik pengerusi manakala Muhammad Nazri Kassim sebagai timbalannya.

Di Perlis, KeADILan melantik Noor Amin Ahmad sebagai pengerusi manakala Gan Ay Ling bertindak sebagai timbalan pengerusi.

Mampu galas tanggungjawab

Kedah menyaksikan Nor Azrina Surip @ Nurin Aina Abdullah dilantik sebagai pengerusi dan Zamri Yusuf timbalan pengerusi, manakala Melaka, Mohd Rafee Ibrahim (pengerusi) dan R.Jagatheason (timbalan pengerusi).

Semua lantikan yang dibuat adalah berdasarkan keyakinan pucuk pimpinan terhadap mereka yang berkenaan yang dipercayai mampu mengalas tanggungjawab yang diberikan dengan baik.

Apa yang menarik dalam rombakan ini ialah walaupun sebelum ini MPN Kedah dipimpin oleh Nurul Izzah, tetapi kini ia diserahkan kepada Nor Azrina atau Nurul Aina.

Ertinya, MPN Kedah kekal di tangan wanita. Di samping pelantikan tersebut memperlihatkan keyakinan pucuk pimpinan yang kekal terhadap sosok wanita untuk menerajui MPN Kedah, di waktu yang sama ia juga melahirkan seorang lagi daripada kalangan Wanita KeADILan untuk diberi peranan yang lebih besar dalam parti.

Memang tugas di hadapan Nor Azrina tidak mudah, bahkan penuh ranjau, tetapi kepercayaan pucuk pimpinan itu amat besar ertinya kepada Wanita KeADILan seluruhnya.

Semoga pemimpin-pemimpin yang dilantik ini melaksanakan tanggungjawab dengan dengan penuh kesabaran dan kegigihan.

Sokongan tidak berbelah bahagi juga mesti diberi kepada mereka supaya misi parti dapat dicapai dengan cemerlang.

Tahniah kepada semua. Ayuh kita terus mara dengan bergaya.

Noraini Nordin

Ketua Penerangan Wanita KeADILan Pusat

21 Februari 2024

 

Kredit Foto: Suara Keadilan

Show More

Related Articles

Back to top button