SEREMBAN: Rumah Harapan Rakyat (RHR) merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Sembilan untuk membantu golongan berpendapatan rendah miliki rumah bernilai RM85,000 di atas tanah sendiri.
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Negeri Sembilan (PKNNS) menawarkan subsidi berjumlah RM10,000.
“Dalam masa sama menawarkan pinjaman pembiayaan tanpa faedah berjumlah RM75,000 selama 25 tahun.
“Sehingga tahun lalu seramai seramai 112 peserta telah terpilih untuk menyertai program ini.
“Disebabkan sambutan yang menggalakkan, Kerajaan Negeri bersetuju menambah peruntukkan kepada RM10 juta pada tahun ini bagi membolehkan lebih ramai rakyat memohon inisiatif tersebut,” kata Aminuddin.